Jadual Persekolahan Malaysia 2013



Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
PENGGAL
MULA
PERSEKOLAHAN
AKHIR
PERSEKOLAHAN
JUMLAH
HARI
JUMLAH
MINGGU
1
02.01.2013
01.02.2013
01.03.2013
31.01.2013
28.02.2013
22.03.2013
22
20
16
12
JUMLAH HARI
58
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
1
23.03.2013
31.03.2013
9
01.04.2013
01.05.2013
30.04.2013
24.05.2013
22
18
8
JUMLAH HARI
40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2
25.05.2013
09.06.2013
16
2
10.06.2013
01.07.2013
01.08.2013
30.06.2013
31.07.2013
06.08.2013
15
23
4
9
JUMLAH HARI
42
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
1
07.08.2013
18.08.2013
12
19.08.2013
01.09.2013
01.10.2013
01.11.2013
31.08.2013
30.09.2013
31.10.2013
15.11.2013
10
21
23
11
13
JUMLAH HARI
65
CUTI AKHIR TAHUN
6
16.11.2013
01.01.2014
47
289
52
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 205
Jumlah Hari Cuti Penggal : 84


POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-67



DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


Kami warga Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS), Belia KPPMS serta Koperasi KPPMS Berhad merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada DYMM SULTAN IDRIS SHAH ALHAJ, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-67 pada 11/12/2012 . Semoga Allah lanjutkan usia tuanku, merahmati pemerintahan tuanku dan memelihara tuanku di bawah naungannya agar terus mentadbir Negeri Selangor dengan adil dan saksama dan terus aman damai dan Maju.



DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! 
MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH TUANKU! SEMOGA TUANKU DIPANJANGKAN USIA MENERAJUI NEGERI SELANGOR SEBAGAI SULTAN BAGI SEMUA RAKYAT JELATA DAN KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI TUANKU SELANGOR DARUL EHSAN.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

IBADAH UMRAH & ZIARAH ISTANBUL 2013 - RM3,890.00

Pihak Koperasi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor Berhad akan menganjurkan Program Ibadah Umrah & Ziarah Istanbul pada 2013 akan datang. Jika berminat boleh menghubungi seperti maklumat di bawah.


Tarikh                          : 25 Mei – 07 Jun 2013
             (14 hari/12 malam : Cuti Sekolah)

Pembiayaan             : Dewasa                   - RM5,090.00
                                    : 70 tahun keatas     - RM3,890.00
                                      & Kanak-kanak
 (12 tahun ke bawah)

Pembayaran;
1. Pendahuluan RM2,000.00 *
    Bermula sekarang hingga 22 Disember 2012

2. Baki dibayar secara ansuran :
    2.1 RM1,050.00 pada Januari 2013
    2.2 RM1,000.00 pada Februari 2013
    2.3 RM1,000.00 pada Mac 2013

*Pendahuluan RM2,000.00
 untuk tempahan prasarana (pesawat,pengangkutan & penginapan)
 tidak akan dikembalikan jika menarik diri saat akhir.

Penerbangan : Turkish Airlines
Cadangan Perjalanan
  1. Pengambaraan menarik ke Istanbul (3 hari/2 malam)
Blue Mousque, Roman Hippodrome, Topkapi Palace, Mousque of Rustem Pasa, Mousque of Sultan Suleiman, Mousque of the Ayyob Al-Ansar, Grand Mousque, Green Mousque, Grand Covered Bazaar, Spice Bazaar, Slik Market, Green Tomb
Penginapan : Hotel Istambul



  1. Mekah
Ziarah Kota Mekah,Tanaim, Jaranah, Hudaibiyah-tempat Miqat, Umrah, Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Namirah, Mudzalifah dan Mira
Penginapan : Hotel Mekah (Dar Um Hani) +-30m



  1. Madinah
Masjid Nabawi, Makam Rasulullah S.A.W, Makam Syaidina Abu Bakar, Syaidina Omar, Masjid Quba’, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Khandaq, Kuburan Bai’, Jabar Uhud, Pasar Kurma
Penginapan : Hotel Madinah (Al-Mubarak) +-50m
 


Semua maklumat di atas tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan kemudian nanti.

Kami mengalu-alukan saudara/ri turut sama melaksanakan ibadah dan menjejaki sejarah Islam, terima kasih.

Maklumat lanjut sila hubungi;
- Haji Johari Bin Haji Zaini     (S/U KKPPMS)                       012-9329 800
- Haji Jalik Bin Haji Ibrahim (Bendahari KKPPMS)            019-3471 045



Disertakan juga Borang untuk tindakan selanjutnya.

Borang juga boleh di emailkan kepada kkppmsb@gmail.com

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

MBS Juara Acara Sukan di PSK2012


Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 (PSK2012) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menutup tirainya hari ini dengan menyaksikan kontijen Majlis Belia Pulau Pinang (MBNPP) mengungguli Johan Keseluruhan PSK2012. Sementara Johan Acara Sukan dimenangi oleh kontijen Majlis Belia Selangor (MBS) dan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) menjuarai keseluruhan Acara Kebudayaan. Sebanyak tujuh acara sukan iaitu futsal, sepak takraw, ping pong, badminton, bola jaring, bola keranjang (3 on 3)dan paintball dan 3 acara kebudayaan iaitu pertandingan nyanyian Lagu Irama Malaysia, Rampaian 1Malaysia dan Sayembara Puisi. Sebanyak 28 buah badan gabungan MBM yang terdiri dari Majlis Belia Negeri serta pertubuhan kebangsaan telah menyertai PSK2012 yang telah diadakan dari 22 hingga 24 November 2012 di Seremban.


Trofi-trofi kemenangan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Mohamad Hasan di Majlis Perasmian Penutup yang telah diadakan secara gilang gemilang di Center Court Seremban. Turut sama menyaksikan upacara penyampaian trofi ini ialah Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiie serta Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNN9), Sdri. Wan Salwati Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Hjh Hatipah Ibrahim.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Kontijen Majlis Belia Selangor (MBS) di atas kejayaan ini.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Tahniah & Teruskan Usaha

Kami mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR bagi tahun ini.

Jadikan keputusan ini sebagai panduan dan semangat untuk terus menghadapi cabaran di sekolah menengah pula.

Kepada yang kurang berjaya, jangan cepat mengalah, gandakan usaha serta fokus ke hadapan.



POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

AGM Majlis Belia Selangor 2012


Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa MBS Sesi 2012-2015 yang diadakan di sini hari ini.
Irmohizam yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung MBS dipilih sebulat suara dalam pemilihan yang dihadiri sebanyak 500 perwakilan daripada 20 badan gabungan pertubuhan itu.



Irmohizam akan dibantu ahli Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit yang dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Turut dipilih ialah tiga Naib Presiden baharu iaitu Noor Masliza Hashim daripada Majlis Belia Daerah Klang, Pua Lai Eng daripada Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan M. Muniady daripada Kelab Belia Tamil Bell.

Majlis pemilihan ahli jawatankuasa itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MBS ke-29 yang disempurnakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Raja Arif Raja Ali.
Sementara itu, Irmohizam berkata, pemilihan ahli jawatankuasa baharu itu diharap dapat memperkasakan lagi segala perancangan dan program golongan belia di Selangor pada masa depan.


"Malah, kami juga bersetuju menggerakkan badan-badan gabungan bagi membantu dan mencari ahli belia untuk diedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121111/dn_15/Irmohizam-terajui-Majlis-Belia-Selangor#ixzz2BvANZ75T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

The Global UGRAD Program

Untuk keterangan lanjut boleh lawati sesawang http://www.macee.org.my/index.php/scholarships/undergraduate-information-category/2013-2014-global-undergraduate-exchange-program








POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top