65 hingga 70 peratus penuntut wanita di IPTA

Institusi kekeluargaan kini mengalami keruntuhan sehingga menyebabkan anak-anak terutama remaja tidak lagi mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu disebabkan kesibukan ibu bapa yang sentiasa bekerja sehingga mengabaikan anak-anak mereka terutama dalam aspek pendidikan.

Katanya, ia telah menyebabkan ramai anak-anak terutama remaja lelaki terjebak di dalam gejala yang tidak sihat seperti merempit dan menghisap dadah.

"Saya amat sedih apabila pergi ke universiti-universiti, entah ke mana pergi penuntut lelaki. Ada yang kata mereka sedang belajar di dalam bidang lain, tetapi bila saya pergi tengok tidak ada juga. Di dalam universiti sekarang ada 65 hingga 70 peratus penuntut wanita.

"Mana pergi kaum lelaki? Nampaknya sudah ramai yang jadi mat rempit. Inilah orang yang bakal membangunkan negara kita tetapi mereka jadi seperti ini.

''Pada pendapat saya, sekarang terdapat keruntuhan di dalam institusi kekeluargaan kita," katanya pada sesi soal jawab pada majlis Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad: Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dua timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Senator Gan Ping Sieu.

Ditanya bagaimana golongan belia berperanan menjayakan Wawasan 2020, Dr. Mahathir berkata, sekiranya semua rakyat Malaysia memberi kerjasama yang baik dalam aspek membangunkan negara, ia sudah pasti akan dapat dicapai dengan jayanya.

"Ilmu yang ada amat penting pada hari ini. Kita boleh tentukan matlamat tetapi kita kena tahu macam mana untuk mencapai matlamat itu," katanya.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

MGPSS dah terbit surat khabar


TAHNIAH....Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) di bawah pimpinan Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan telah berjaya menerbitkan surat khabar pertamanya setelah sekian lama berjuang dalam memastikan isu-isu yang ditimbulkan dapat diperjelaskan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun fahaman politik.

Dapatkan MALAYSIA HARINI-Tak Serupa Dulu dengan menghubungi Encik Azwan di talian 019-6111181 untuk keterangan lanjut.....

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Kelas bimbingan akan kembali

Syukur Alhamdulillah....pihak KPPMS dengan kerjasama Gabungan Ikhtisas & Usahawan Bumiputra Anak Selangor di bawah Biro Pendidikan akan mengadakan kembali kelas bimbingan di beberapa daerah terpilih bagi membantu anak bangsa dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian akademik.


Pihak KPPMS sedang membuat jadual 'jelajah' di setiap daerah yang terpilih nanti.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Taklimat Tanaman Stevia

Stevia Rebaudiana yang juga dikenali sebagai pokok gula, sejak tiga tahun lalu. Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.



 Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

KPPMS bersama dengan GIBS (Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor) bercadang akan bekerjasama bagi melaksanakan projek tanaman stevia ini berbekalkan tunjuk ajar dari pihak yang mahir dalam bidang ini.

Stevia Rebaudiana Bertoni

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Wisma KPPMS bakal diduduki...


Alhamdulillah...Bangunan yang akan dinamakan Wisma KPPMS akan mula diduduki tidak lama lagi yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam...berdekatan dengan Wisma MAIS....

Moga bangunan ini akan menjadi mercu tanda kejayaan KPPMS untuk generasi akan datang dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan terutamanya memperkembangkan pendidikan anak-anak bangsa....

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top