Lawatan Timbalan Datuk Bandar MBSA

Pada 20/4/2012 Ybhg. Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Tuan Mokhtar B. Hani telah hadir ke bangunan KPPMS. Beliau telah diringi oleh Yang Dipertua KPPMS, Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Yasir B. Hj. Ikhsan serta Setiausaha Agong Kehormat KPPMS, Tuan Hj. Johari B. Hj. Zaini.

Kehadiran rombongan Timbalan Datuk Bandar MBSA memberi penuh makna dalam tujuan bagi memastikan perjalanan bangunan KPPMS akan berjalan dengan lancar.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Tuanku Abdul Halim ditabal Yang di-Pertuan Agong ke-14




Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

Kami warga Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS), Koperasi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor Berhad (KKPPMSB) dan KPPMS Muda merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada;

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


Dan


SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH


Sempena

PERTABALAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


Pada


11 APRIL 2012
BERSAMAAN 19 JAMADILAWAL 1433H



DAULAT TUANKU




POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

AKADEMI PERUNCITAN MALAYSIA

Akademi Peruncitan Malaysia telah dicetuskan oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui MKM sebagai peneraju program.
Tahun 2012 adalah tahun kedua program ini dilaksanakan dan tujuan utama penubuhan akademi ini adalah untk memberikan pendedahan terhadap realiti sebenar perniagaan runcit di samping memastikan wujudnya platform bagi peniaga – peniaga yang terlibat secara langsung dalam bidang peruncitan untuk mendalami ilmu dalam bidang ini.

OBJEKTIF KURSUS
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menguruskan perniagaan pasar mini/restoran & katering/kek & bakeri serta homestay.
Pendedahan kepada teknik – teknik pengurusan perniagaan dalam perniagaan – perniagaan yang berkaitan.

SASARAN PESERTA
Mereka yang telah menceburi perniagaan
Pasar Mini/ Restoran & Katering/ Kek & Bakeri / Homestay

TEMPOH KURSUS
2 Hari 1 Malam

LOGISTIK
Penginapan dan makan minum disediakan

YURAN PENYERTAAN PERCUMA

Urusetia
Akademi Peruncitan
Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan
Maktab Koperasi Malaysia
103 Jalan Templer
46700 Petaling Jaya
Selangor
(PIC: Pn Halimah Rabiah Asmuni)

http://www.mkm.edu.my/home

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Majlis Perundingan Belia Negeri Selangor Sidang 01/2012



Objektif Pelaksanaan

1. Untuk membincangkan masalah-masalah belia dan sebagai penasihat berkenaan dengan rancangan Pembangunan Belia.

2. Untuk bertindak sebagai badan perunding dan penasihat bagi semua pertubuhan belia Negeri Selangor.

3. Untuk menyelaraskan rancangan-rancangan dan kegiatan-kegiatan semua pertubuhan belia Negeri Selangor.

4. Untuk menerima laporan-laporan dari Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Selangor.

5. Untuk berusaha ke arah meningkatkan semangat dan jati diri yang tinggi dikalangan belia Negeri Selangor.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Pertandingan Poster Sempena Regional Workshop Ica 2012




LATAR BELAKANG

Tahun 2012 telah diiktiraf sebagai Tahun Antarabangsa Koperasi (International Year Co-operative) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah satu pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa bahawa koperasi dapat memacu ekonomi, bertindak balas terhadap perubahan sosial, berdaya tahan terhadap krisis ekonomi global serta merupakan perniagaan yang berjaya mewujudkan pekerjaan dalam semua sektor.

Selaras dengan itu, Asia-Pacific Workshop on University/Campus Co-operatives akan diadakan pada 1-5 Julai 2012. Salah satu pengisian bagi program tersebut adalah pertandingan poster sempena Regional Workshop 2012 ini.


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat Kelayakan
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah. 2 Kategori pertandingan iaitu:
• Pelajar Universiti
• Pelajar sekolah menengah

Bilangan Penyertaan
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja

Tema:
Tema utama:
Campus Co-operatives: An Integral Part of the Development of Education

Sub tema:
i. Strategies for overcoming the challenges of univ/campus coops
ii. Strengthening Univ/Campus Co-operative Business Activites
iii. Effective communication as a tool for achieving sucessful cooperative business management

Hasil Karya

  1. Hasil karya mestilah asli dari peserta sendiri dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan. Hasil karya ini mestilah menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Sebarang lukisan tangan tidak dibenarkan / tidak diterima.
  2. Format poster adalah seperti berikut:
    • Poster bersaiz A3
    • Warna kertas poster (bebas)
    • Warna poster (bebas)
    • Bahasa Melayu/English atau BM/BI
    • Had warna (bebas)
    • Lakaran ilustrasi grafik secara komputer
    • Penggunaan slogan yang menarik, tepat dan berinovasi
  3. Hasil karya mestilah dihantar kepada penganjur dalam bentuk softcopy dan hardcopy.
  4. Salinan hardcopy adalah bersaiz A3 (11.69” x 16.54”) dan ditampal di atas mounting board hitam. Maklumat berikut hendaklah dicatat di belakang hasil karya masing-masing:
    • Nama Penuh
    • No. Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Alamat
    • No. Telefon (pejabat / rumah / bimbit)

Pengadilan

Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang dilantik. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang menepati tema, kemahiran, kemahiran menggunakan warna, ketepatan dari segi mesej yang ingin disampaikan serta ketinggian seni artistiknya. Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta surat menyurat tidak akan dilayan.
Panel pertandingan berhak mengubahsuai dan meminda hasil karya yang disertai jika perlu.

Hilang, Rosak dan Pemulangan Hasil Karya
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana karya yang hilang atau rosak semasa penghantaran. Semua karya yang menang akan menjadi hakmilik penganjur manakala karya yang tidak memenangi pertandingan tidak boleh dituntut semula dan akan menjadi hakmilik penganjur.

Hakmilik Karya
Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik karya kepada pihak penganjur. Pihak penganjur berhak mengeluarkan semula hasil karya tanpa apa-apa bayaran kepada peserta, berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini.

Kos
Setiap penyertaan adalah percuma. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas bayaran yang terlibat dalam penyiapan hasil karya.

Tempoh Pertandingan
Setiap penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 Mei 2012. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang atau rosak semasa proses penghantaran. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

Hadiah
Tempat Pertama setiap kategori : RM700 + sijil penyertaan
Tempat kedua setiap kategori : RM500 + sijil penyertaan
Tempat ketiga setiap kategori: RM300 + sijil penyertaan
10 pemenang Saguhati: RM100

Hantarkan Penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Poster
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi
Maktab Koperasi Malaysia
Wisma IEM, Jalan Selangor
46050 Petaling Jaya
Selangor
(Attn: Puan. Ayu Diana Awang)
(T: +603 79524500/ F: +603 79550863)



Sumber: Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
http://www.mkm.edu.my/pertandingan_poster

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah



Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Omar Bin Abu Bakar, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa, 3 April 2012. Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah di No. 55, Jalan Wangsa 2/7, Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur dan dibawa ke Masjid Al-Faezeen, Desa Jaya, Kepong pada jam 10 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan. Bersama-sama kita bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.



Sumber; Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top