Kunjungan Hormat Tuan Pengarah JPS

Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) telah membuat kunjung hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Ybhg. Tuan Haji Mahmud B. Karim.






Rombongan yang diketuai Yang Dipertua KPPMS, Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan mengambil masa selama 1 jam bagi memperkenalkan serta membuat pemuafakatan antara KPPMS dengan JPS (Jabatan Pelajaran Selangor) kepada Tuan Pengarah.




Pada secara keseluruhannya, Tuan Pengarah menyambut baik kedatangan kami dan menyatakan sokongan terhadap apa jua aktiviti yang akan dilakukan oleh KPPMS bagi meningkatkan mutu pendidikan di negeri Selangor.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah serta warga kerjanya dalam menyambut kedatangan kami.

Moga KPPMS dan JPS akan terus seiring dalam memastikan pendidikan di negeri Selangor terus dipertingkatkan demi bangsa, agama dan negara.











POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top