Keputusan SPM hari ini


KPPMS ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2011. Anda akan lebih matang bagi meneruskan apa jua halangan yang mendatang dalam mengharungi dunia kampus atau sebagainya bagi meningkatkan ilmu di dada sebelum ke dunia pekerjaan.

Manakala bagi pelajar yang agak kurang memberansangkan jangan putus asa kerana ia merupakan titik permulaan bagi seseorang itu dalam memilih bidang kegemaran mereka iaitu sama ada dalam bidang pengurusan mahupun teknikal.

Pihak KPPMS mengucapkan maju jaya kepada anda dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang anda akan harungi bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply

back to top