TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012



TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012

UPSR
Ujian Bertulis 11- 13 September 2012 (Selasa hingga Khamis)

PMR
Ujian Bertulis 9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)

15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)

SPM
Amali

Ujian Bertulis


5 November - 6 Disember 2012

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 hari bermula 30 Januari 2012

5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januri 2012 [baharu]

STAM
Ujian Lisan 9-12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis 16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis




12 - 13 Jun 2012 (Isnin hingga Selasa)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346


Anda juga boleh melayariLaman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Program Bantuan Pendidikan Tinggi - MBS


Majlis Belia Selangor (MBS) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang berpendapatan rendah untuk masuk ke IPTS dengan bayaran minima.

Kesemua kursus-kursus ini mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ada yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Diploma Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dengan sokongan daripada MBS, pelajar-pelajar ini akan diberi pengecualian bayaran pendaftaran penuh serta disediakan pinjaman PTPTN dan bantuan-bantuan kewangan yang lain.

Semoga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Selangor demi meningkatkan darjat pendidikan anak-anak Selangor di negeri ini.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Urusetia Pendidikan Tinggi MBS di talian 012-3838808 (Sdr. Ridhwan)

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 4 Comments

Terima kasih


KPPMS mengucapkan terima kasih kepada peserta serta pengunjung yang telah memeriahkan Program Imarakkan Seni & Budaya yang telah berjalan dengan jayanya bermula jam 9.30 pagi tadi.


KPPMS berterima kasih kepada PUAM (Persatuan Usahawan Anggerik Mall) yang seiring bersama-sama menjayakan program ini dari semua aspek.

Bagi MARA Negeri Selangor KPPMS mengucapkan syabas kerana memberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada di Anggerik Mall bagi tujuan tersebut.

Tidak lupa kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang telah memberi keizinan memberi ruang kepada seluruh sekolah di negeri Selangor untuk mengambil bahagian pada hari ini mahu pun pada masa akan datang.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Jemput datang besok


KPPMS menjemput semua warga Shah Alam mahupun sekitarnya datang beramai-ramai bagi memeriahkan Program Imarak Seni & Budaya anjuran bersama KPPMS-PUAM-MARA dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.


Program ini merupakan program pertama di mana semua yang menyertainya hanya membuat persembahan. Selepas ini kita akan merancanakan agar program ini diadakan sebulan 2 kali dan dibuat pertandingan.

KPPMS akan merancang mengadakan program seumpama ini di setiap bangunan MARA di seluruh daerah negeri Selangor.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Keputusan SPM hari ini


KPPMS ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2011. Anda akan lebih matang bagi meneruskan apa jua halangan yang mendatang dalam mengharungi dunia kampus atau sebagainya bagi meningkatkan ilmu di dada sebelum ke dunia pekerjaan.

Manakala bagi pelajar yang agak kurang memberansangkan jangan putus asa kerana ia merupakan titik permulaan bagi seseorang itu dalam memilih bidang kegemaran mereka iaitu sama ada dalam bidang pengurusan mahupun teknikal.

Pihak KPPMS mengucapkan maju jaya kepada anda dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang anda akan harungi bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

KPPMS (Muda) bersama media

KPPMS(Muda) bersama kumpulan media selangor, sofess.com dan belia damansara telah mengadakan Jemputan Futsal Tertutup bertempat di Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam pada
17hb Mac 2012 jam 9 malam.

Kehadiran lebih kurang dalam 60 orang. Ia bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan dikalangan golongan muda dalam KPPMS bersama pihak media disamping dapat memberi pandangan serta membincangkan isu-isu semasa di negeri Selangor khususnye.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

KPPMS dan PERAPI


KPPMS akan bersama PERAPI (Pergerakan Rangkaian Aktiviti Penyatuan Insan) dalam mengeratkan silaturrahim masyarakat Melayu,Islam tanpa mengira ideologi politik.

Ia juga bertujuan memajukan penguasaan ekonomi dan daya saing global sebagai kesan penyatuan Melayu.







POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Semarakkan Seni & Budaya - Jom Bersama


Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, KPPMS dan PUAM dengan kerjasama MARA Negeri Selangor akan mengadakan program secara berkala dalam menyemarakkan lagi Anggerik Mall.

Program Seni & Budaya merupakan suatu program yang akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah mahupun IPTA dan IPTS dalam menanamkan cinta kan seni dan budaya di negara kita.

Program ini juga akan menjemput semua usahawan-usahawan di negeri Selangor dalam mempromosikan perkhidmatan mahupun produk dalam menarik para pengunjung.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Urusetia program ini di Anggerik Mall, Shah Alam yang terletak berhampiran dengan SACC Mall.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu


KPPMS di bawah badan gabungan Majlis Belia Selangor menjadi wakil dalam program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka iaitu Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu.

Program ini dilaksanakan buat julung kalinya pada tahun 2012. Ia cetusan idea Dr. Haji Awang Bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP yang baharu.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan saranan, pandangan dan masukan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan yang mempunyai peranan utama dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Selamat Bercuti


Warga KPPMS mengucapkan "SELAMAT BERCUTI" kepada adik-adik selama seminggu bagi cuti persekolahan dari 10-18hb Mac, 2012.

Kemana jua adik-adik pergi bercuti, soal keselamatan harus diambil berat. Jangan terlalu seronok hingga terlupa orang yang bersama dengan kita.

Dalam menghabiskan cuti sekolah ini, jangan lupa membuat perkara yang berfaedah seperti membaca buka cerita, merujuk semula kertas soalan yang telah diperiksa.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Perbincangan dengan Pengarah MARA Selangor

Pada 7/3/12 semalam Jawatankuasa Kerja Program Seni & Budaya telah berbincang dengan Tuan Pengarah MARA Negeri Selangor, Tuan Razlan B. Haji Samsuri bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan program berterusan di Anggerik Mall.

Beliau menyatakan sokongan pihak MARA Negeri Selangor dalam memeriahkan lagi kompleks tersebut dengan menarik perhatian orang ramai datang ke Anggerik Mall.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan bagi memperincikan program dan seterusnya membentangkan bajet untuk merialisasikan program tersebut dijangka akan diadakan pada 17/3/12 hari Sabtu.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Koperasi KPPMS Berhad bakal menerajui penghantaran daging segar ke pasaraya

Alhamdulillah....perbincangan sudah ke fasa yang seterusnya iaitu akan menandatangani perjanjian usahasama dengan salah satu syarikat untuk memastikan projek ini berjalan lancar.

Jika tiada halangan Koperasi KPPMS Berhad akan menjadi salah satu badan yang mengeluarkan daging segar kepada pasaraya-pasaraya terpilih di Malaysia.


POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Memartabatkan Seni & Budaya

Pada 2/3/2012 semalam, KPPMS bersama PAPITA, PUAM (Persatuan Usahawan Anggerik Mall) dan juga MARA telah mengadakan perbincangan bagi memeriahkan lagi aktiviti di Anggerik Mall.

Oleh yang demikan, mesyuarat bercadang akan mengadakan program ini berterusan dalam 2 minggu sekali dengan melibatkan semua pihak termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Program pertama dijangka akan diadakan pada 17/3/2012 nanti....nantikan perkembangan terkini dari masa ke semasa dari kami....

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Universiti terbaik 2011

Berikut senarai 'Top Ranking' Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top