Hari Guru Peringkat Daerah Klang 2012

Pada 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433H anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Klang telah diadakan di Dewan Putera SMK Tinggi, Klang. Ia telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Mohamad Ezam B. Mohd Nor.

Wakil KPPMS dan juga Persatuan Pesara Guru Daerah Klang dijemput bagi memeriahkan majlis.

Antara Tokoh Guru peringkat Daerah Klang telah dinobatkan kepada;

1. Cikgu Harudin Bin Dahlan sebelum bersara sebagai Guru Besar di SK Sementa pada tahun 2000

2. Cikgu Hajah Bahariah Binti Bustaman sebelum bersara sebagai Pengetua Cemerlang DG54 di SMK Convent Klang pada tahun 2010.


Turut hadir sama ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Abdullah Bin Mad Yunus serta Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Hajah Kamariah Binti Salim.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Bicara Eksekutif: Integriti Pemangkin Transformasi Koperasi

Pada 7hb. Jun 2012, 2 orang wakil Koperasi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor Berhad (KKPPMSB) telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) iaitu Bicara Eksekutif.

Kali ini, tajukyang diberbincangkan ialah "INTEGRITI PEMANGKIN TRANSFORMASI KOPERASI".

Tajuk yang yang disampaikan adalah seperti berikut;

1. Intergriti Pemangkin Transformasi Negara
    oleh Encik Loganathan Veerasamy
    Timbalan Pengarah Sektor Politik IIM

2. Integriti Pemangkin Transformasi Koperasi
    oleh Encik Zahari Bin Omar
   Timbalan Pengarah, Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan SKM




POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top