Program Bantuan Pendidikan Tinggi - MBS


Majlis Belia Selangor (MBS) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang berpendapatan rendah untuk masuk ke IPTS dengan bayaran minima.

Kesemua kursus-kursus ini mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ada yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Diploma Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dengan sokongan daripada MBS, pelajar-pelajar ini akan diberi pengecualian bayaran pendaftaran penuh serta disediakan pinjaman PTPTN dan bantuan-bantuan kewangan yang lain.

Semoga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Selangor demi meningkatkan darjat pendidikan anak-anak Selangor di negeri ini.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Urusetia Pendidikan Tinggi MBS di talian 012-3838808 (Sdr. Ridhwan)

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 4 Comments

4 comments:

  1. selamat sejahtera.
    nak tanya sama ada bantuan ini mempunyai tarikh tutup?
    adakah bantuan ini terbuka kepada semua pelajar tidak kira mana-mana kolej yang terpilih?

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera...bantuan ini buat masa ini tiada tarikh tutup dan ia nya baru dilaksanakan bagi tujuan membantu belia yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini...buat masa ini ada beberapa kolej telah berkerjasama dengan pihak MBS dan boleh menghubungi dengan saudara ridhwan di talian 012-3838808

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi membalas. saya tengah mohon ipta. saya dah tamat stpm. belum tahu mana UNIVERSITI yang skan terpilih lagi, jadi saya kena hantar borang dulu ke atau?

    ReplyDelete
  4. untuk keterangan lanjut boleh menghubungi saudara ridhwan 012-3838808

    ReplyDelete

back to top