Pertandingan Poster Sempena Regional Workshop Ica 2012




LATAR BELAKANG

Tahun 2012 telah diiktiraf sebagai Tahun Antarabangsa Koperasi (International Year Co-operative) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah satu pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa bahawa koperasi dapat memacu ekonomi, bertindak balas terhadap perubahan sosial, berdaya tahan terhadap krisis ekonomi global serta merupakan perniagaan yang berjaya mewujudkan pekerjaan dalam semua sektor.

Selaras dengan itu, Asia-Pacific Workshop on University/Campus Co-operatives akan diadakan pada 1-5 Julai 2012. Salah satu pengisian bagi program tersebut adalah pertandingan poster sempena Regional Workshop 2012 ini.


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat Kelayakan
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah. 2 Kategori pertandingan iaitu:
• Pelajar Universiti
• Pelajar sekolah menengah

Bilangan Penyertaan
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja

Tema:
Tema utama:
Campus Co-operatives: An Integral Part of the Development of Education

Sub tema:
i. Strategies for overcoming the challenges of univ/campus coops
ii. Strengthening Univ/Campus Co-operative Business Activites
iii. Effective communication as a tool for achieving sucessful cooperative business management

Hasil Karya

  1. Hasil karya mestilah asli dari peserta sendiri dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan. Hasil karya ini mestilah menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Sebarang lukisan tangan tidak dibenarkan / tidak diterima.
  2. Format poster adalah seperti berikut:
    • Poster bersaiz A3
    • Warna kertas poster (bebas)
    • Warna poster (bebas)
    • Bahasa Melayu/English atau BM/BI
    • Had warna (bebas)
    • Lakaran ilustrasi grafik secara komputer
    • Penggunaan slogan yang menarik, tepat dan berinovasi
  3. Hasil karya mestilah dihantar kepada penganjur dalam bentuk softcopy dan hardcopy.
  4. Salinan hardcopy adalah bersaiz A3 (11.69” x 16.54”) dan ditampal di atas mounting board hitam. Maklumat berikut hendaklah dicatat di belakang hasil karya masing-masing:
    • Nama Penuh
    • No. Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Alamat
    • No. Telefon (pejabat / rumah / bimbit)

Pengadilan

Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang dilantik. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang menepati tema, kemahiran, kemahiran menggunakan warna, ketepatan dari segi mesej yang ingin disampaikan serta ketinggian seni artistiknya. Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta surat menyurat tidak akan dilayan.
Panel pertandingan berhak mengubahsuai dan meminda hasil karya yang disertai jika perlu.

Hilang, Rosak dan Pemulangan Hasil Karya
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana karya yang hilang atau rosak semasa penghantaran. Semua karya yang menang akan menjadi hakmilik penganjur manakala karya yang tidak memenangi pertandingan tidak boleh dituntut semula dan akan menjadi hakmilik penganjur.

Hakmilik Karya
Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik karya kepada pihak penganjur. Pihak penganjur berhak mengeluarkan semula hasil karya tanpa apa-apa bayaran kepada peserta, berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini.

Kos
Setiap penyertaan adalah percuma. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas bayaran yang terlibat dalam penyiapan hasil karya.

Tempoh Pertandingan
Setiap penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 Mei 2012. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang atau rosak semasa proses penghantaran. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

Hadiah
Tempat Pertama setiap kategori : RM700 + sijil penyertaan
Tempat kedua setiap kategori : RM500 + sijil penyertaan
Tempat ketiga setiap kategori: RM300 + sijil penyertaan
10 pemenang Saguhati: RM100

Hantarkan Penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Poster
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi
Maktab Koperasi Malaysia
Wisma IEM, Jalan Selangor
46050 Petaling Jaya
Selangor
(Attn: Puan. Ayu Diana Awang)
(T: +603 79524500/ F: +603 79550863)



Sumber: Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
http://www.mkm.edu.my/pertandingan_poster

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply

back to top