Tahniah & Teruskan Usaha

Kami mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR bagi tahun ini.

Jadikan keputusan ini sebagai panduan dan semangat untuk terus menghadapi cabaran di sekolah menengah pula.

Kepada yang kurang berjaya, jangan cepat mengalah, gandakan usaha serta fokus ke hadapan.



POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

AGM Majlis Belia Selangor 2012


Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa MBS Sesi 2012-2015 yang diadakan di sini hari ini.
Irmohizam yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung MBS dipilih sebulat suara dalam pemilihan yang dihadiri sebanyak 500 perwakilan daripada 20 badan gabungan pertubuhan itu.



Irmohizam akan dibantu ahli Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit yang dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Turut dipilih ialah tiga Naib Presiden baharu iaitu Noor Masliza Hashim daripada Majlis Belia Daerah Klang, Pua Lai Eng daripada Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan M. Muniady daripada Kelab Belia Tamil Bell.

Majlis pemilihan ahli jawatankuasa itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MBS ke-29 yang disempurnakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Raja Arif Raja Ali.
Sementara itu, Irmohizam berkata, pemilihan ahli jawatankuasa baharu itu diharap dapat memperkasakan lagi segala perancangan dan program golongan belia di Selangor pada masa depan.


"Malah, kami juga bersetuju menggerakkan badan-badan gabungan bagi membantu dan mencari ahli belia untuk diedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121111/dn_15/Irmohizam-terajui-Majlis-Belia-Selangor#ixzz2BvANZ75T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

The Global UGRAD Program

Untuk keterangan lanjut boleh lawati sesawang http://www.macee.org.my/index.php/scholarships/undergraduate-information-category/2013-2014-global-undergraduate-exchange-program








POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Selamat Maju Jaya - SPM 2012




Seramai 472,541 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menghadapi peperiksaan di seluruh negara.

Calon-calon mula menduduki peperiksaan SPM itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 6 Disember 2012.

Pihak KPPMS mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua pelajar yang menduduki SPM 2012, terutamanya pelajar-pelajar di negeri Selangor.


POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Pesta Sukan & Kebudayaan MBS 2012 - Meriah


Majlis Belia Selangor telah menganjurkan Pesta Sukan & Kebudayaan peringkat negeri pada 3 & 4 Nov 2012 (Sabtu dan Ahad).

Acara yang dipertandingkan :
a) Futsal L
b) Futsal P
c) Netball

d) Basketball 3on3 L
e) Basketball 3on3 P





OBJEKTIF :
Mencari pasukan terbaik antara wakil Persatuan gabungan dan daerah untuk mewakili MBS ke Pesta Sukan & Kebudayaan MBM di Seremban pada akhir bulan November ini.

Pasukan yang menjadi juara bagi acara yang dipertandingkan akan terpilih secara automatik
mewakili MBS dalam acara tersebut dalam pesta sukan MBM.

Sekiranya menolak, hadiah kemenangan TIDAK AKAN DIBERIKAN dan akan digantikan dengan pasukan Naib Juara.


Belia KPPMS telah menghantar 2 pasukan Futsal Lelaki dalam pesta sukan kali ini. Walau bagaimana pun pasukan kita tidak berjaya hingga ke pusingan akhir. Apa-apa pun syabas diucapkan kepada mereka kerana semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Acara Futsal
Lot 590,Persiaran Raja Lumu,Pandamaran Industria


Acara Bolajaring & 3 on 3
Puchon





Juara 3 on 3 Perempuan

Juara 3 on 3 Lelaki








Naib Juara; Pasukan Cobra



Juara Bolajaring Pasukan Belia 4B






POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top