Hari Belia 2012

Peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara amat penting kerana golongan Belia bukan sahaja penting dalam populasi negara, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik negara kita. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju.


Oleh sebab itu, para belia haruslah menggunakan masa mereka kepada yang lebih bermanfaat. Usia muda yang boleh dilentur bila-bila masa ke arah jalan yang tidak elok itu boleh merosakkan belia-belia di negara kita. Belia mempunyai peranan penting dalam menrealisasikan matlamat negara kita untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.

Zaman teknologi yang semakin membangun ini, semua belia haruskah lebih peka dan bersifat lebih berkepimpinan dalam menyuarakan pendapat mereka demi kemajuan negara. Alaf ini, belia seharusnya diberikan hak untuk bersuara dan ruang untuk mereka menyampaikan idea serta pendapat yang bernas untuk membantu menjana kedaulatan negara disamping membantu tranformasi negara ke arah lebih baik. 

Bertemakan ‘Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan’, Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 dijangka bakal mencatat sejarah sebagai antara 10 himpunan terbesar dunia.

Dengan menyasarkan 2 juta pengunjung selama 5 hari, Himpunan Jutaan Belia 2012 menyediakan lebih 500 aktiviti yang menarik untuk disertai para pengunjung.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Selamat Bercuti Murid-Mudir & Cikgu

Mengikut kalender atau taqwim sekolah, mulai 26/5/2012 hingga 10/6/2012 merupakan cuti persekolahan di negara kita.



Kesempatan ini KPPMS mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada adik-adik dan juga cikgu-cikgu semua. Moga kalian semua bijak menguruskan cuti persekolahan ini dengan membuat pelbagai perkara yang berfaedah.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Kunjungan ke Pejabat Tanah Petaling

KPPMS diwakili oleh Yang Dipertua KPPMS, Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan bersama Setiausaha Agung Kehormat KPPMS, Hj. Johari B. Hj. Zaini telah membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Petaling, Ybhg. Dato' Zulkepli B. Ahmad pada 24/5/2012 bertempat di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Petaling.

Dalam kunjungan hormat tersebut, KPPMS menyatakan hasrat dan pandangan kepada Ybhg. Dato' Zulkepli mengenai kedudukan terkini Wisma KPPMS yang sudah siap 100% dan hanya menunggu untuk diduduki sahaja.


POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Mesyuarat KPPMS Pusat Bersama Cawangan

Pada 19hb. Mei, 2012 jam 10.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam telah diadakan Mesyuarat KPPMS Pusat Bersama Cawangan KPPMS.

Ia bertujuan membincangkan beberapa perkara sebelum diadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Ke 61 yang akan diberitahu kelak di mana Cawangan Klang akan menjadi tuan rumah untuk majlis tersebut.

Selain daripada itu, sumbangan kepada cawangan juga disampaikan oleh KPPMS Pusat selaras dengan hasratnya iaitu memastikan cawangan-cawangan yang ada dapat menjalankan aktiviti yang boleh memberi manafaat kepada anak bangsa kita.

Terima kasih kepada Yang Dipertua Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan juga Timbalan Yang Dipertua, YB Dato' Hj. Abdul Rahman B. Hj. Palil kerana sudi hadir.

Terima kasih juga kepada Pengetua SMK Seksyen 18, Shah Alam, Tuan Haji Ghazali B. Hamzah kerana membantu menyediakan tempat mesyuarat juga makan minum.

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

"SELAMAT HARI GURU CIKGU"


Selamat menyambut Hari Guru daripada kami warga KPPMS seluruh negeri Selangor kepada semua warga pendidik.
Tema tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tahniah kepada semua warga guru .. tanpa guru kita semua tidak akan mengenali apa itu ilmu.
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kami warga admin KPPMS mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua yang akan menduduki peperiksaan pada pertengahan tahun ini.

Moga peperiksaan ini menjadi medan penilaian diri mengenai tahap pencapaian dalam akademik supaya ia boleh menjadi landasan kepada peperiksaan seterusnya.



POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments
back to top