"SELAMAT HARI GURU CIKGU"
Selamat menyambut Hari Guru daripada kami warga KPPMS seluruh negeri Selangor kepada semua warga pendidik.
Tema tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tahniah kepada semua warga guru .. tanpa guru kita semua tidak akan mengenali apa itu ilmu.
GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Waktu Solat
Followers
Bilangan Sekolah
Bilangan Guru
Rendah | Menengah | Jumlah |
7,723 | 2,296 | 10,019 |
Bilangan Murid (Enrolmen)
Prasekolah | 186,298 |
Rendah | 2,804,405 |
Menengah | 2,281,775 |
Jumlah | 5,272,478 |
Lelaki | Perempuan | |
Rendah | 72,266 | 164,047 |
Menengah | 55,155 | 121,252 |
Jumlah | 127,421 | 285,299 |
Artikel Popular
-
Majlis Belia Selangor (MBS) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi membantu pelajar-pe...
-
Alhamdulillah...Bangunan yang akan dinamakan Wisma KPPMS akan mula diduduki tidak lama lagi yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam...berdeka...
-
KPPMS akan bersama PERAPI (Pergerakan Rangkaian Aktiviti Penyatuan Insan) dalam mengeratkan silaturrahim masyarakat Melayu,Islam tanpa mengi...
-
Akademi Peruncitan Malaysia telah dicetuskan oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepe...
-
Berikut senarai 'Top Ranking' Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011. Universiti Sains Malaysia Universiti Teknologi Malaysi...
-
Pihak Koperasi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor Berhad akan menganjurkan Program Ibadah Umrah & Ziarah Istanbul pada 2013 akan d...
-
LATAR BELAKANG Tahun 2012 telah diiktiraf sebagai Tahun Antarabangsa Koperasi (International Year Co-operative) oleh Pertubuhan Bangsa-Ban...
-
Pada 7/3/12 semalam Jawatankuasa Kerja Program Seni & Budaya telah berbincang dengan Tuan Pengarah MARA Negeri Selangor , Tuan Razlan B....
-
Stevia Rebaudiana yang juga dikenali sebagai pokok gula, sejak tiga tahun lalu. Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Par...