AGM Majlis Belia Selangor 2012


Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa MBS Sesi 2012-2015 yang diadakan di sini hari ini.
Irmohizam yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung MBS dipilih sebulat suara dalam pemilihan yang dihadiri sebanyak 500 perwakilan daripada 20 badan gabungan pertubuhan itu.



Irmohizam akan dibantu ahli Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit yang dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Turut dipilih ialah tiga Naib Presiden baharu iaitu Noor Masliza Hashim daripada Majlis Belia Daerah Klang, Pua Lai Eng daripada Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan M. Muniady daripada Kelab Belia Tamil Bell.

Majlis pemilihan ahli jawatankuasa itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MBS ke-29 yang disempurnakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Raja Arif Raja Ali.
Sementara itu, Irmohizam berkata, pemilihan ahli jawatankuasa baharu itu diharap dapat memperkasakan lagi segala perancangan dan program golongan belia di Selangor pada masa depan.


"Malah, kami juga bersetuju menggerakkan badan-badan gabungan bagi membantu dan mencari ahli belia untuk diedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121111/dn_15/Irmohizam-terajui-Majlis-Belia-Selangor#ixzz2BvANZ75T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

POSTED BY hAng keBun
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply

back to top